AL-HIJAMAH (BEKAM)


Ada suatu persoalan ‘asing’ yang mesti kita jawab dan renungkan: “Apakah Anda pernah mendengar istilah bekam (hijamah)? Apakah Anda pernah dibekam? Berbahagialah apabila anda menjawab, “pernah”. Sayangnya, menurut sebuah kajian, sebagian besar kaum muslimin belum pernah mendengar istilah bekam apatah lagi yang pernah dibekam.


Kenyataan ini amat menyedihkan kerana bekam bukan sahaja sudah dikenali ribuan tahun yang lalu, malah sejak zaman Nabi Musa A.S., dan dikukuhkan syariatnya pada zaman Rasulullah S.A.W., akhirnya berkembang ke seluruh dunia hingga ke saat ini.

Kaum muslimin jarang sekali yang mahu mendalami ilmu perubatan warisan Rasulullah S.A.W. yang sangat lengkap ini. Antara sebagian perubatan Nabi S.A.W. yang dilupakan itu adalah berbekam. Sebaliknya dunia barat terus melakukan penyelidikan tentang bekam yang akhirnya diamalkan dalam kehidupan seharian walaupun mereka tidak mengakuinya sebagai warisan Rasulullah S.A.W



PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH SAW

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan Bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara "DETOKSIFIKASI" yang sangat berkesan/mujarab serta tiada kesan sampingan.



Antara jenis khidmat bekam yang disediakan :

bekam awet muda



bekam angin dan darah




  bekam tanduk

bekam lintah



Kenapa tidak cuba kaedah rawatan secara Islam yang saintifik, selamat dan berkat?

Walaupun sudah beribu tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.



Kami menyediakan khidmat bekam dari rumah ke rumah, masjid ke masjid dan di mana sahaja untuk anda semua. Sila hubungi kami di talian +6019- 6422913 untuk sebarang temujanji rawatan dan pertanyaan lanjut mengenai apa pun jua permasalahan yang ingin di ajukan.

---------------------------------------------------------------------------------


SEJARAH BEKAM


Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. 

Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.

Mengapa Harus Berbekam?


Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi OKSIDAN (toksin/racun), atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah yang menyebabkan sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. 


Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.

OKSIDAN dalam tubuh manusia antaranya berpunca daripada:


1- Pencemaran udara

Makan makanan segera kerana mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk badan seperti pengawet, pewarna, perisa, dan sebagainya

2- Hasil pertanian yang beracun (insektisid, fungisid, herbisid)

3- Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makanan terlalu panas atau sejuk, terlalu masam, dan lain-lain

4- Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai kesan sampingan merosakkan organ dan micro-organisma baik dalam sistem badan



Terdapat banyak faktor yang menyebabkan darah beku iaitu:


1- Darah beku yang diakibatkan oleh kecederaan ketika di dalam rahim dan semasa dilahirkan

2- Darah beku yang berpunca dari penderitaan fizikal seperti kemalangan, terseliuh, dan aktiviti-aktiviti lasak

3- Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, dan ikat kepala yang berpanjangan

4- Darah beku yang berpunca dari emosi yang tidak terkawal. Kemarahan, ketakutan, kesedihan, dan kerisauan menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang dapat membahayakan metabolisma tubuh

5- Darah beku yang diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit, dan pencemaran alam sekitar

Oleh itu, darah beku haruslah dikeluarkan dengan apa cara sekali pun. Namun kaedah perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. 

Jadi, kita harus mencari kaedah perubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah beku tersebut agar tubuh badan tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam.


Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine).

Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT. 

Antara Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Berbekam 


-Sakit kepala
-Mata kabur
-Sakit leher
-Migraine
-Katarak
-Sakit kaki
-Tekanan/stress
-Sakit urat
-Kembung perut
-Sakit belakang
-Sakit angin
-Batuk
-Sakit pinggang
-Bengkak-bengkak badan
-Asma/masalah paru-paru
-Sakit sendi
-Lenguh-lenguh badan
-Kolestrol tinggi
-Lemah badan
-Kebas-kebas
-Sakit gigi
-Darah tinggi
-Gout
-Kejang otot
-Diabetik
-Resdung
-Gatal-gatal
-Sakit jantung
-Jerawat
-Sembelit
-Angin ahmar
-Sinusitis
-dan lain-lain



Bekam cara Perubatan Terbaik


Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW.

Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam di bahagian bahunya kerana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau. 

Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: 



“Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api. Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.”  

Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaih) 

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

HUKUM BERBEKAM


Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al-Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain. 

Maksud saya, sebuah wilayah kadang-kadang memerlukan lebih dari seorang. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi keperluan yang diperlukan.

Jika di sebuah wilayah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara kerana menempatkan diri di ambang kehancuran. Ini kerana Zat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta berdakwah untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.”



Hadith Keutamaan Dan Manfaat Bekam



“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)



“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).



Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)



Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung didalamnya kesembuhan.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)



Dari Uqbah bin Amir R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: 
“Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada alat bekam atau minum madu atau membakar bahagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran (sedutan api) dan tidak juga menyukainya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya)



Dari Ibnu Umar R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Jika ada suatu kesembuhan pada ubat-ubat kamu maka hal itu ada pada alat bekam.” Baginda bersabda: “Atau tegukkan madu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,karya al-Haitsami)



Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)



“Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah berbekam".(Sahih Sunan Ibnu Majah, karya Syaikh Al-Albani (II/259), Sahih Sunan Abu Dawud, karya Syaikh Al-Albani).



Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Kamu harus berbekam dan menggunakan al-qusthul bahri." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, dan an-Nasai dalam kitab as-Sunan al-Kubra)



“Semasa aku berjalan pada malam israk bersama para malaikat, mereka selalu berkata: "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)



Dari Anas R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jika terjadi panas memuncak, maka ubatilah dengan bekam semoga tidak terjadi hipertensi (stroke) pada salah seorang diantara kamu yang akan membunuhnya”. (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak)



Hadith Berkaitan Keadaan Ketika Melakukan Bekam Dan Titik-Titik Bekamnya



Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W berubat dengan berbekam ketika beliau sedang ihram." (HR. Bukhari)



Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam ketika beliau tengah berihram kerana rasa sakit di kepalanya.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami)



Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W. berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa." (HR. Bukhari)



Dari Abdullah bin Buhainah R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (HR. Bukhari)

Dari Ibnu Umar R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya sebagai Ummu Mughits.” (Kitab al-Fawaaid)




“Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah)



Dari Jabir R.A., berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W. jatuh dari kuda baginda dan menimpa batang pohon, sehingga kaki baginda patah. Waki’ R.A. berkata: Sesungguhnya Nabi S.A.W. berbekam di bahagian kaki yang terseradung.” (Sahih Sunan Ibnu Majah)


Dari Jabir R.A.: “Nabi S.A.W. pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung.” (Sahih Ibnu Khuzaimah)


Dari Anas bin Malik R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih (jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawud)


Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari R.A.: “Rasulullah S.A.W. pernah dibekam dibahagian tengah kepalanya dan dipangkal punggungnya. Dan baginda bersabda: "Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak akan mudarat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu.” (Sahih Sunan Abu Dawud (no. 3268), lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul)



Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab ath-Thibbun Nabawi, sebuah hadith marfu’: “Kamu harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan dari 5 penyakit.” Beliau menyebutkan diantaranya adalah kusta.




Hadith Berkaitan Tarikh Untuk Berbekam



Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)



Dari Ibnu Abbas R.A., ia berkata: “Rasulullah S.A.W. bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami)



Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya”.

Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahwa Nabi S.A.W. biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.



Hadith Berkaitan Halalnya Upah Bagi Pembekam (Hajjam)



Dari Ibnu Abbas R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih dan di bahagian antara kedua pundak yang merupakan pangkal punggung. Lalu baginda memberikan upah kepada pembekam. Seandainya upah bekam itu haram, pastilah baginda S.A.W. tidak memberinya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)



Dari Rafi’ bin Khadij R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apa yang didapatkan oleh seorang pembekam, maka sebaiknya upah itu diberikan sebagai makanan untuk binatang ternak.” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, Abu Dawud, at-Tirmidzi)



Dari Ibnu Umar R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengundang seorang tukang bekam lalu dia membekam baginda S.A.W.. Setelah selesai, baginda bertanya kepadanya: ‘Berapa pajakmu?’ Dia menjawab: ‘Tiga sha’.’ Lalu baginda menawarkan satu sha’ dari pajaknya, kemudian baginda memberikan upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)



Dari Ali R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam dan menyuruhku untuk memberi tukang bekam upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)



Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. pernah berbekam, baginda dibekam oleh Abu Thayyibah R.A. Lalu beliau menyuruh seseorang untuk memberikan dua sha’ bahan makanan kepadanya. Baginda memberitahu keluarganya, lalu mereka menghapuskan pajaknya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtisar oleh Imam al-Albani)



Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari ‘Ikrimah R.A.: “Ibnu Abbas R.A. memiliki tiga orang budak yang ahli bekam. Dua orang diantaranya dijadikan untuk sumber penghasilan dirinya dan keluarganya, sedangkan yang satu orang lagi khusus membekam dirinya dan keluarganya.” (Ath-Thibb, 1978, hasan ghorib)



WAHYU PERINTAH BERBEKAM 

Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj. 

Penjelasan dalam hadith Riwayat Ibnu Majah menerusi Katjir bin Salim: "Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".

 
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT".  

"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah (bekam)"  
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)


Pada malam aku diisra'kan,aku tidak melewati sekumpulan Malaikat melainkan mereka berkata, 

"Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah (bekam)."
(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)


"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia."
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah SWT." (HR. Muslim)

"Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan ubat untuk setiap penyakit, maka berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan." 
 (HR. Abu Daud)


Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.


BEKAM SUNNAH RASULULLAH SAW YANG DITUNTUT



Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam Syurga. (Al Hadis)


Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.

 
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".

 
Dalam hadis lain diceritakan:
"Jibril memberitakan kepadaku bahawa hijamah adalah cara pengubatan yang paling bermanfaat buat manusia"

 
KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.


Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya. 



Bekam adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM



Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.



Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu penyembuhan."



FUNGSI & FAEDAH BEKAM



Bekam dapat memecahkan saluran darah tetapi tetap satu arah dan konsisten,diiringi dengan terbukanya sumbatan pembuluh darah,terutama pembuluh yang tidak banyak mengeluarkan darah.



Adapun faedah bekam di antaranya ialah membersihkan kulit tubuh secara lebih baik daripada mencuci darah. Cuci darah mungkin lebih baik untuk membersihkan bahagian tubuh yang lebih dalam. Bekam juga mengeluarkan darah kotor dari sekitar bawah kulit. Bekam pada bahagian bahu sangat berfaedah bagi mengubati penyakit bahu dan leher.


WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.


Penulis al-Qanun mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan agar kita menggunakan bekam bukan di awal bulan, kerana komposisi unsur-unsur darah belum bergelojak pada ketika itu, juga bukan pada akhir bulan, kerana pergolakan darah sudah berhenti tetapi yang paling afdal adalah pertengahan bulan, ketika komposisi unsur-unsur darah dan frekuensinya meningkat tajam kerana cahaya bulan yang juga memuncak frekuensinya.


Pemilihan waktu-waktu tersebut untuk melakukan pembekaman hanyalah sebagai tindakan berjaga-jaga sahaja,untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan bahaya. Adapun begitu dalam soal rawatan pembekaman boleh dilakukan bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan.


BEKAM vs SIHIR


Apakah kaitan antara Bekam dengan Sihir??? Kita sudah mengetahui tentang bekam, lantas apakah sihir itu??? Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnul Qoyyim sihir adalah: "Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. 


Sihir terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Lantas jin yang mengalir dalam aliran darah sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam merupakan tindakan yang paling efektif. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir kecuali AL-QURANUL KARIM yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila 2 cara penyembuhan di gabungkan, iaitu Al-Quran dan Bekam. Allahu Akhbar!

BEKAM DI TENGKUK

Abu Na'im dalam bukunya at-Tibbun Nabawi menyebut sebuah hadith marfu', "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk, kerana itu dapat menyembuhkan lima jenis penyakit,di antaranya adalah lepra (kusta)."

 
Pada hadith lain disebutkan, "Hendaklah kamu sekalian melakukan bekam di titik qamahduwah di bahagian tengkuk,kerana hal itu dapat menyembuhkan 72 jenis penyakit."


BEKAM DI PELIPIS KENING
Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda.


KEDUDUKAN TUKANG BEKAM

Ibnu Abbas pernah berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam,kerana ia mengeluarkan darah kotor,meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekamnya.


KEBAIKAN BERBEKAM SANGAT BANYAK

 
-Menghilangkan pengaruh sihir,bisa santau dan racun.
-Membantu menghilangkan pening dan migrain.
-Membantu membuang angin dalam badan,melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
-Membantu memecahkan lemak,peluh dan melegakan demam.
-Membantu melegakan ketegangan urat leher,bahu,belikat,pinggang dan urat sendi.
-Membantu mencegah dan meredakan serangan angin akhmar,kebas-kebas tangan dan kaki.
-Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
-Membantu meringankan tubuh.Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
-Membantu menajamkan penglihatan.Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.








"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."
 INSYA ALLAH!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan