GURAH (RESDUNG)


RESDUNG




RAWATAN RESDUNG WARISAN ZAMAN BERZAMAN
Kami menyediakan khidmat rawatan kepada anda yang mempunyai masalah resdung atau sebarang gejala dan simptom-simptom resdung.

Bentuk rawatan kami ialah dengan mengeluarkan sinus (lendir-lendir) yang tersumbat di sekitar muka dan kepala anda, khususnya bahagian rongga hidung dan mulut. InsyaAllah, adunan herba yang kami gunakan sangat berkesan mencairkan dan menarik keluar lendir-lendir bermasalah tersebut melalui hidung dan mulut.

Rawatan di rumah dan pejabat 
Kami sedia menjalankan khidmat rawatan resdung di rumah atau pejabat anda. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa, InsyaAllah kami akan aturkan temujanji untuk sesi rawatan di rumah atau pejabat anda. 
Tiada had masa untuk satu-satu sesi rawatan. Selagi masih ada sinus yang perlu dikeluarkan, rawatan akan diteruskan sehingga selesai.
 

Rawatan di surau dan masjid 
Kami juga sedia menjalankan khidmat rawatan resdung di masjid dan surau kariah anda. Pihak pentadbiran masjid atau surau boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk menetapkan tarikh dan waktu sesi rawatan. 

Untuk rawatan yang diadakan di masjid dan surau, kami akan memberikan khidmat rawatan resdung percuma kepada wakil masjid dan surau tersebut yang menjemput kami.


3 TAHAP LENDIR / SINUS 
 Tahap 1 - Lendir bertali dan likat berjaya dikeluarkan

 Tahap 2 - Lendir hijau/hitam yang berkulat


Tahap 3 - Tahap kronik lendir yang berdarah+nanah

Anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa bagi mendapatkan khidmat sesi pemeriksaan dan rawatan. Hubungi kami di +6019-6422913 untuk sebarang tempahan rawatan atau pertanyaan. Kami juga sedia ke tempat anda di seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak untuk sesi rawatan di rumah, pejabat, masjid atau surau.

Bagi anda yang tinggal di luar Lembah Klang dan Selangor, kami amat berbesar hati sekiranya anda dapat mengumpulkan beberapa orang untuk bersama-sama menjalani sesi rawatan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


APA ITU RESDUNG?


Istilah Perubatan Tradisional - RESDUNG merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Istilah Saintifik - SINUSITIS Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


RESDUNG adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama yang terus merebak dalam tubuh pesakit.



Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. 

Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan di dalam lapisan hidung. 



APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak. Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. 

Oleh yang demikian ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari.

Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.
Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun.

Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Kaedah rawatan di hospital pula adalah endoskopik iaitu dengan memasukkan alat pam kecil ke dalam rongga hidung untuk menyedut sinus-sinus yg tersumbat.Ianya menyakitkan dan menelan kos yang mahal antara RM2000-RM8000.


Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur. 

Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik. 

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus

* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung. 

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
Fakta
Simptom sinusitis
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.
KEMUDARATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS RESDUNG
1. Akut
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

2. Kronik
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling. 
 bakteria yang mengakibatkan jerawat

INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.

PENGURUSAN SENDIRI
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda. Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis. 
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami kesesakan hidung. 
• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda. 
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan, terutamanya ubat antibiotik. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini. 
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh keradangan sinus. 
• Berehatlah secukupnya. Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan. 
• Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda. 
• Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan. 
• Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin. 
• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan. 
• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan. 
• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda. 
• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda. 
• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.
 
*Sumber Maklumat :
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
A.M Uk, D.Sc (A.M) Uk,M.D (A.M) Uk Doctor Medicine Alternative Medicine, Doctor of Philosophy (United Kingdom)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan