Profil Syarikat


LATAR BELAKANG SYARIKAT




Syarikat MUAZZ MARKETING (002000120-U) merupakan 100% hak milik penuh bumiputera Islam. Ianya mula beroperasi awal tahun 2010 dan di daftarkan secara sah di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula 8 Disember 2010.

Syarikat ini bertapak di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Secara dasarnya syarikat ini beroperasi menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan perkhidmatan kesihatan seperti  khidmat bekam ODT (Al- Hijamah@ Oxidant Drainage Therapy), akupunktur, rawatan resdung (Gurah), Yumeiho@ kiropraktik (pembetulan tulang belakang). Syarikat ini juga menjalankan kursus- kursus yang berkaitan dengan ilmu perawatan Thibbun Nabawi juga khidmat kaunseling dan motivasi perniagaan.

Syarikat ini juga membekal serta mengedar produk- produk kesihatan dari syarikat lain seperti minyak habbatussauda (Extra Virgin GRED A),  dan produk penuh milik syarikat MUAZZ MARKETING iaitu TEPUNG SUSU KAMBING 100% TULEN (SALIC GOAT) - Tanpa campuran krimer, gula dan sebarang perisa tambahan,

MISI DAN VISI SYARIKAT

Misi  - Memartabatkan perubatan dan amalan Thibbun Nabawi di kalangan masyarakat.
Visi  - Menyematkan amalan pemakanan sunnah yang halal lagi baik di dalam jiwa   masyarakat Islam.


OBJEKTIF SYARIKAT

- Melahirkan lebih ramai lagi perawat dan pengamal perubatan Islam.  
-   Menggalakkan pengamalan tips-tips penjagaan kesihatan dengan mengikut acuan Al- Quran dan hadith.
- Menyebar luaskan amalan pemakanan sunnah dan herba-herba berbanding  ubatan moden yang merbahaya.

-   Memperjuangkan ekonomi Islam.      

 
MARILAH KITA SAMA- SAMA MEMARTABATKAN PERUBATAN DAN EKONOMI ISLAM DAN MEMBEBASKANNYA DARI CENGKAMAN SISTEM DAJJAL