Akupuntur
berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan
pungere bermaksud cucuk.Akupuntur adalah sejenis perubatan yang
menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang
lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.
Sejarah
juga ada membuktikan bahawa bangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang
mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila
Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang
ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku
yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing,
China.
Ciri – ciri Akupuntur
Rawatan
akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan
rawatan masa kini. Dahulu, masyarakat kuno China menggunakan batu – batu tajam,
kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan dan menusuk pada bahagian –
bahagian tertentu.
Tetapi kini, alat – alat asas ini diganti dengan cara yang
lebih moden iaitu penggunaan jaurm – jarum yang halus yang telah disterilkan
atau disucihamakan. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam
seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum
emas.
Jarum
emas adalah jarum termahal di kalangan jarum – jarum halus. Jarum ini
dipercayai dapat mengeluarkan tenaga ‘ Qi ’ 100 kali ganda daripada jarum
silver. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran
tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.
Pada
jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap
jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut,
kebas, berat dan bengkak apabila jarum - jarum tersebut ditusuk pada suatu
titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia
mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol,
channel, atau meridian.
Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa
dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan
dan menyembuhkan penyakit.
Pengamal
perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama
dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Titik akupuntur
luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit pada organ badan kita akan mewujudkan
rasa sakit dan bengkak di tempat yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh,
kesakitan pada diafragma boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu.
Pengamal
akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur kepada 12 kumpulan
utama di mana titik – titik ini digabungkan melalui Meridian. Meridian yang
mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, perut,
limfa, jantung, usus kecil, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple
warmer dan hati. Dalam pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah
berbeza. Sebagai contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala
meridian pundi kencing mempunyai 67 titik.
Seorang
penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa
tekanan pada titik – titik tertentu adalah berkaitan dengan pola kesakitan dan
sesuatu rangsangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi pada titik itu
melalui jarum halus dapat melegakan kesakitan. Selain itu, penyelidikan
saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang
menunjukkan otak mengeluarkan ‘endorfin yang boleh melegakan kesakitan
secara semulajadi semasa rawatan akupuntur.
Di kebanyakkan negara seperti
Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai
penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat
meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih
dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.
Pada
tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah
mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis ‘ pintu ’pada setiap tahap
saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan
rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu dalam saraf tunjang
itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan .
Sesetengah rangsangan itu
cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka
pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan
hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun
begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan menutup
pintu dalam saraf tunjang secara berkesan.
Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden
Di
dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh
ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih
daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana
kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga
akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah
supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan
alat-alat elektronik kecil.
Selain
itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah
kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam
untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur
yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang
meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat
juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.
Rawatan Akupuntur
Akupuntur
dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai
ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan
sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh
memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik
akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang
terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat
memulihkan kulit seperti sedia kala.
Titik
akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini
mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang
berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur
berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia
dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa
maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal
sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang
menentukan kestabilan kesihatan badan .
Perubatan
Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu kayu, air, api,
logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit. Manakala organ dalam tubuh badan
dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang. Sebagai contoh hati dikaitkan
dengan kayu, jantung dengan api, limfa dengan bumi.
Namun
begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah akupuntur adalah diagnosis nadi.
Kaedah ini adalah penting kerana ia dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi.
Hal ini memudahkan pengamal – pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah
latar belakang perubatan pesakit berkenaan. Selain itu, pengamal akupuntur
tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan memeriksa
nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam meridian ini
boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada kedua–dua pergelangan tangan
. Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5 atau 6 nadi sahaja yang boleh
dikesan bagi tujuan perubatan . Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga
akan memeriksa lidah, warna, tisu kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan
tubuh , pernafasan dan bunyi suara dalam rawatan akupuntur.
Di
samping itu, gaya hidup , diet, senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi
terhadap penyakit turut diambil kira. Proses ini dikenal sebagai ‘ Mempalpat ’
iaitu mendiagnosis gangguan pengaliran Qi dan serangan penyakit terhadap organ
dalaman.
Keberkesanan Rawatan Akupuntur
Pengamal
akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat
mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang
kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti
moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik
di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan
jarum.
Jarum
akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan
semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain memastikan kedudukan
jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan rawatan akupuntur bergantung
kepada jumlah jarum akupuntur yang digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh
jarum itu ditusuk pada titik akupuntur dan jumlah rawatan yang
dijalankan.
Apabila
titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit
pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa
minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan memutarkan jarum dengan menggunakan
hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu,
mereka juga akan merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum
elektrik.
Pesakit
tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana
jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja
dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang
agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu.
Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak
kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur
sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar,
dan mampu menjalankan aktiviti seharian.
Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur
Rawatan
melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan
banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa
penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah
rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis,
selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik,
sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan
pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti
sakit gigi, gusi dan halkum.
Selain
itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang
membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik
yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai
contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat
pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya
di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .
Di
samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan
kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan
akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga
pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean,
tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam
keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur
yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.
Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.
Walaupun
kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit,
namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka .
Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum,
perbandingan jarum dan sebagainya.
Sebenarnya,
rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak
mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan
adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja.
Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .
Selain
itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam
keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat
digunakan .
Di
samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan
akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui
jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya
yang digunakan oleh penagih dadah .
Kesimpulan.
Umumnya
rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan
kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan .
Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur
manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur.
Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis
yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari
semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan
moden.
Hal
ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang
tidak dapat dirawat dengan kaedah moden. Kaedah moden lebih cenderung
menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat
sesuatu penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan